
Annyonghaseo :) Hello . hi youuooaalsss :) *waving* haish , lama gilo cekk tak update blog cekk :'/ dah berhabuk berdebu bersawang and so on. Haha :D aku sajeee jeee bagi ayat power power sebab nak korang imagine >< jahat tak aku? Haha :D tak pun. Anyway , you nak tahu tak ? i rasa i rindu youuooaaaallss :'D Haha , mesti tengah terharu :') takpe takpee cekk paham. actuallyy , sejak kebelakangan ni aku tempuh pelbagai sedih dan duka :'( hmm , sedih doee :'/ macam yang korang bacelah dia punya tittle agak sedih kan? macam itulah hati aku :') hubungan aku dengan kesayangan aku Farid Muhmin sentiasa bergelora tsunami bah and petir. Entahlah aku sendiri pun tak tahu nak describe macam mana aku punya feeling.
Perkara yang paling buat aku sedih dalam hidup aku.
aku tak pernah rasa sedih yang macam ni. Sumpah aku tak kuat nak hadap benda
macam ni. Apatah lagi nak teruskan hidup tanpa dia. Banyak perkara dah kita
lalu sama sama. Susah senang kita sama sama. Ketawa sama sama, menangis sama
sama. Happy je bila nak ingat balik. Tapi tu semua dulu. Sekarang dah berakhir.
Aku mengaku aku bukan orang yang baik. Tapi aku dah cuba untuk jadi yang
terbaik. Bukan senang nak pertahankan relationship yang dah goyah. Orang kata
semua benda terjadi ada hikmah dia. Ya, memang betul tu. Semua yang berlaku
semuanya bersebab. Even kita baru nak sampai 4 tahun, relationship kita dah
berakhir. Aku dah cuba macam macam cara untuk dapatkan hati dia balik. Tapi dia
tetap dengan keputusannya. At first dia suruh bagi dia masa untuk dia fikir
fikirkan. Tapi aku perlu tahu jawapan dari dia secepat mungkin. Aku taknak
berharap nanti. Sebab aku tahu aku yang akan sakit nanti. aku mintak dia
peluang terakhir, tapi dia tetap dengan jawapan yang sama. Aku tak boleh nak
paksa diri dia. Siapalah Aku ni nak paksa paksa dia. Aku dah biasa hidup dengan
dia. Cara dia, semua aku dah biasa. Kita serasi bersama. Orang kata kalau ada
jodoh tu takkan kemana. Harap harap lah dia jodoh aku. Buat masa ni aku taknak
cari mana mana pengganti. Cukuplah kawan kawan yang aku ada sekarang ni. Thanks
kawan kawan sebab support and bagi semangat even itu tak bermakna buat aku
sebab semangat aku memang dah weak gila. aku ni periang orangnya. Suka buat
orang ketawa dengan lawak yang aku buat. Tapi sekarang aku lebih suka berdiam
diri. Menangis dalam hati. Setiap langkah yang aku jalan, aku dapat rasakan
yang dia ada disebelah aku. Kita dah macam belangkas. Mana ada aku, adalah dia.
Mana ada dia, adalah aku. Tapi sekarang tak lagi. Even dia dekat, aku rasakan
dia jauh sangat dari aku. aku tak nampak diri dia yang sebenar. aku tak boleh
nak terima hakikat yang dia boleh berubah mendadak. Kita masing masing ada
kelebihan dan kekurangan. Manusia tiada yang perfect. Semuanya ada kelebihan
dan kekurangan masing masing. Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Kita
hampir 4 tahun. aku memang dah plan, bila genap je 4 tahun relationship
kitaorang, aku nak celebrate besar besaran like bercuti or pergi vacation. Even
aku ni takdalah kaya, tapi aku ada usaha. Tapi tak kesampaian. Sedih sangat
rasanya. Dia lah lelaki yang aku paling sayang, dialah lelaki yang paling comel
and handsome antara ex ex aku. Bukan comel sebab apa. Dari first jumpa dia, gua
nampak yang dia ni memang lain dari yang lain. Dia ada cara dia yang
tersendiri. Dekat situlah yang buat aku sangkut dan jatuh cinta dekat dia. Tapi
dia masih ada kekurangan. aku tak mintak pun dapat yang perfect, sebab aku tahu
dalam dunia takda yang perfect. Dia suruh aku cari yang lagi better dari dia.
Tapi aku taknak sebab aku tahu sampai kiamat pon takkan habis. Sebab setiap
yang better akan ada yang lagi better. Thats why lah aku taknak buang masa
dengan cari orang yang tak tentu. aku memang berharap yang dia akan terima gua
balik. Harapan aku sangat tinggi dekat dia. Cepat atau lambat pasti aku akan
dapat dia kalau ada jodoh. Aku selalu cerita dengan kawan kawan aku and ibu
yang dia bakal suami aku. Ecehh xD Sebab aku yakin aku boleh pergi jauh dengan
dia. Tapi aku salah. Sekarang aku taktahu nak cakap macam mana. Maybe dia
memang nak aku pergi dari hidup dia. Ataupun dia ego, sebab dia kata dia
sayangkan aku sangat. aku pegang kata kata dia. Tapi sekarang kitaorang jadi
kawan even tak dapat macam dulu. aku terima walau sakit hati. Walau aku tahu
memang berat cabaran ni. Apa yang aku boleh buat cuma berdoa dan berserah
kepada ilahi. Sebab dialah yang merancang segala kehidupan kita. Muhammad Farid
bin Muhmin, sayang, saya tetap akan tunggu awak sampailah saya bertahan. Saya
harap awak akan terima saya suatu hari nanti. Iloveyousayang
Adakah diriku kau tak perlu lagi? Adakah cintaku kau tak perlu lagi? Adakah
dirimu dah berubah hati terhadap diriku. Adakah insan lain bertakhta di hatimu.
Hinggakan dirimu mengubah cintamu. Manakah cintamu yang kau beri dulu kepada
diriku. Kau pernah kata cintamu adalah untukku
selama-lamanya. Aku ingin kau kembali seperti dulu. Kenangan di jiwa membuatku
rindu kepada dirimu. Kiranya diriku kau tak perlu lagi. Simpanlah kenangan
cinta kita dihati. Walaupun ku sukar, ku akur kali ini.
Sering kali ku terkenang saat kau tersenyum lalu memandang ku. Tapi, kini
pabila kau tiada di sisi. Ku terdampar layu, beralunan sepi. Tak ku ulangi
kesilapan itu. Maafkan aku mengguris hatimu. Berilah ku ruang perbaiki diriku.
Aku merayu kembali kepadaku. Aku masih memerlukan belaian kasih dan tawa
mesramu. Walau aku dilupakan namun jangan kau lupakan detik kita bersama